Smart ICT & Keusahawanan Minggu Ketiga

20 Mac 2019 | Ak4tiviti Terkini

Pada tarikh 19 Mac 2019, sambungan kelas Smart ICT & Keusahawanan Minggu ketiga telah diadakan di Bilik Gerakkan Kampung Selampit. Kelas ini berlangsung pada jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang yang dihadiri seramai 10 orang peserta dari ahli Amanah Iktiar Malaysia (AIM) Kampung Selampit.

Kelas ini adalah sambungan dari minggu yang lepas iaitu belajar menaip biodata tentang diri peserta. Peserta diajar cara bagaimana menggunakan front iaitu dengan mengenali theme fron saiz yang di kehendaki. Selain itu, peserta juga didedahkan bagaimana menggunakan bold dan italic bila di perlukan. Dalam kelas ini, peserta masih belajar dalam mengenali kegunaan, insert, design, page layout,references, mailings, review, view dan soda PDF 8 Creator.

Kelas ini juga, membincangkan dan berkongsi pendapat bagaimana cara untuk membuat stategik dalam perniagaan bagi meningkatkan produktiviti dalam keusahawanan mereka. Dengan mempelajari ICT ini, peserta sekaligus dapat membayangkan bagaimana untuk membuat catatan serta susunan perniagaan mereka dengan ilmu ICT yang dipelajari.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali